Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Perbincangan Kumpulan Fokus Bersama Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan

Perbincangan Kumpulan Fokus Bersama Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mempengerusikan Perbincangan Kumpulan Fokus (Focus Group Discussion - FGD) bersama enam Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) utama negara.

Sesi ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan (MoF) serta barisan kepimpinan utama daripada 6 GLIC iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP], Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dan Lembaga Tabung Haji (LTH).

Perbincangan sempena penyediaan Belanjawan 2027 tertumpu kepada langkah strategik bagi menyokong sasaran Kerajaan ke arah belanjawan mengembang (expansionary budget) selaras mandat GLIC dalam memacu kemajuan sosioekonomi dan pemeliharaan kekayaan negara. Pendekatan ini bertujuan merangsang pertumbuhan ekonomi secara agresif, sekali gus memperkasakan peranan GLIC sebagai pemangkin Pelaburan Langsung Domestik (DDI), penggerak sektor pertumbuhan baharu berimpak tinggi, serta pendorong utama dalam merancakkan pasaran modal tempatan demi mengekalkan daya saing jangka panjang.

Perbincangan turut menekankan peranan penting GLIC dalam menyokong Kerajaan memacu aspirasi Ekonomi MADANI, pengerahan modal berimpak (impact investing), serta pembentukan ekosistem ekonomi yang berdaya tahan.

MoF komited untuk terus memantapkan sinergi dan dialog konstruktif bersama GLIC demi merealisasikan aspirasi ekonomi negara yang mampan, berdaya tahan, dan inklusif.

Arkib Foto