Perhimpunan Bulanan warga Kementerian Kewangan (MOF) bersama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berlangsung di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Antara inti pati ucapan beliau kepada warga Kementerian, beliau menjelaskan bahawa Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada 13 Oktober lalu adalah bagi menarik keyakinan pelabur dan memberi keselesaan maksimum kepada rakyat. Beliau juga menekankan agar semua jentera kerajaan bersedia sepenuhnya memberikan penjelasan dan penerangan mengenai inti pati Belanjawan 2024 kepada orang ramai.
Turut hadir, YB Datuk Seri Ahmad Maslan dan YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta barisan Pengurusan Tertinggi MOF.