Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri Bersama-Sama Warga JPM Bulan Januari 2026

Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri Bersama-Sama Warga JPM Bulan Januari 2026

Perhimpunan bulanan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama-sama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari dan amanat tahun 2026 telah berlangsung di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri.

Majlis yang menghimpunkan warga perkhidmatan awam ini bertujuan menyampaikan amanat dan hala tuju kerajaan bagi tahun 2026, selaras dengan aspirasi memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan memperkasa kesejahteraan rakyat.

Seiring dengan penganjuran perhimpunan ini, Kementerian Kewangan (MoF) telah menyahut baik pelaksanaan program secara hibrid dengan mengadakan sesi dalam talian yang dihadiri oleh YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan; YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; dan Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah MoF serta warga MoF di Dewan Utama, MoF.

YAB Dato’ Seri Anwar juga dalam ucapannya menyatakan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan akan disalurkan seawal 9 Januari 2026 dan beberapa penambahbaikan baharu turut diperkenalkan bagi meningkatkan manfaat golongan penerima. Dalam pada itu, bantuan SARA untuk Semua sebanyak RM100 secara one-off akan disalurkan pada 9 Februari 2026 kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas bagi manfaat rakyat untuk persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina.

Selain itu, beliau mengumumkan penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026 akan bermula pada 20 Januari 2026, membabitkan peruntukan RM1.1 bilion untuk 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan.

Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua penjawat awam di atas komitmen penuh pada tahun 2025 dalam mempertingkatkan tadbir urus serta usaha memperkukuhkan nilai Ringgit Malaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility