Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Persediaan Akhir Sempena Mesyuarat Pasukan Petugas ASEAN+3 Ke-3

Persediaan Akhir Sempena Mesyuarat Pasukan Petugas ASEAN+3 Ke-3

Persediaan akhir telah selesai bagi Mesyuarat Pasukan Petugas ASEAN+3 Ke-3 pada 25 hingga 26 September 2025 di Kuching, Sarawak.

YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) telah berada di lokasi untuk meninjau raptai penuh bagi memastikan kelancaran acara untuk semua perwakilan.

Agenda mesyuarat akan memberi tumpuan kepada bidang-bidang utama termasuk Isu-isu Strategik dan Dasar ASEAN+3, Pengaturan Kewangan Serantau (RFA)/Inisiatif Pelbagai Hala Chiang Mai (CMIM), Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO), Pembiayaan Risiko Bencana (DRF) dan Inisiatif Masa Depan.

Bagi memastikan mesyuarat yang produktif dan lancar, satu Pra-Mesyuarat Pengerusi Bersama telah diadakan bersama Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) dan Sekretariat ASEAN (ASEC).

#MyASEAN2025
#MyASEANChair2025
#ASEANMalaysia2025
#KepengerusianASEANMalaysia2025
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility