YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan hadir untuk merasmikan Persidangan Agung Tahunan Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kali ke-67.
Beliau mengucapkan syabas dan tahniah di atas kesungguhan, komitmen dan pengorbanan semua pihak untuk menjayakan perhimpunan yang diadakan pada setiap tahun.
Beliau dan pasukan Kementerian Kewangan akan sentiasa berusaha untuk membantu golongan yang memerlukan melalui bantuan-bantuan tunai dan infrastruktur seperti internet berkelajuan tinggi, rangkaian 5G untuk memastikan akses kepada pendidikan yang berkualiti boleh dicapai oleh semua rakyat.
Beliau turut mendoakan agar perjuangan GPMS untuk memperkasakan nasib pelajar-pelajar Melayu terus utuh demi masa depan negara yang lebih maju dari segi sahsiah dan intelek.