Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Persidangan Juruaudit Dalam Sektor Awam Tahun 2024

Persidangan Juruaudit Dalam Sektor Awam Tahun 2024

Kementerian Kewangan melalui Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK) telah berjaya menganjurkan Persidangan Juruaudit Dalam Sektor Awam (PADSA) Tahun 2024 bertempat di Hotel Hatten Melaka bertemakan 'Auditan Berkesan, Tatakelola Cemerlang'.

PADSA merupakan satu platform perkongsian ilmu di kalangan juruaudit dalam serta menjalin hubungan kerjasama antara 43 Audit Dalam Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Majlis perasmian PADSA 2024 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dengan dihadiri seramai 350 Juruaudit Dalam dari Audit Dalam Kementerian /Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta Jabatan Audit Negara dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Sebanyak tiga Garis Panduan Pengauditan Audit Dalam Tahun 2024 untuk kegunaan Audit Dalam Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri turut dilancarkan dalam majlis tersebut.

PADSA 2024 turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara; YBrs. Puan Nor Azizati Hamzah, Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan dan Strategik; dan YB Datuk Wira Salhah Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka.

Pengisian PADSA kali ini melibatkan Sesi Taaruf melalui aktiviti riadah, Amanat Ketua Audit Negara, tiga sesi forum dan dua taklimat.

Penganjuran PADSA 2024 turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan Institute of Internal Auditor Malaysia (IIAM).

Arkib Foto

Logo Accessibility