Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Persidangan Khas Bantuan Banjir

Persidangan Khas Bantuan Banjir

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan untuk memberi penerangan semasa Persidangan Khas Bantuan Banjir berhubung bantuan dan kemudahan kepada mangsa-mangsa banjir yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Kerajaan sentiasa komited bagi membantu seluruh Keluarga Malaysia, terutamanya dalam membina semula kehidupan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan bahana bencana banjir.

Kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang bernilai RM2 bilion.

Melangkah ke hadapan, Kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan ketahanan negara dari ancaman bencana melalui sudut yang lebih holistik, iaitu kepada pencegahan dan juga pemulihan. Tumpuan untuk mengenal pasti dan melaksanakan penyelesaian jangka panjang ke arah mengurangkan kesan serta kemusnahan ditanggung akibat banjir atau apa-apa bencana akan diberi keutamaan.

Kementerian Kewangan juga telah membangunkan sebuah portal iaitu bantuanbanjir.com bagi memudahkan semua untuk mengetahui segala maklumat dan kriteria berhubung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia.

Beliau berharap agar segala urusan yang diikhtiar akan dipermudahkan dan kehidupan Keluarga Malaysia dapat kembali semula seperti sediakala.

Arkib Foto

Logo Accessibility