YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah menghadiri Persidangan Meja Bulat Program Pengaktifan dan Reformasi Badan Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) yang ketiga. Persidangan kali ini membuktikan keikhlasan syarikat-syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC) untuk membina semula negara seperti diaspirasikan dalam agenda Ekonomi MADANI.
Setiap Syarikat Berkaitan Kerajaan ini telah mengambil inisiatif untuk menggunakan kepakaran mereka bagi memperbaiki ekonomi negara dan memangkin pertumbuhan.
Dalam menjayakan inisiatif ini, PETRONAS akan menerajui peralihan tenaga negara; Khazanah akan mengetuai agenda transformasi sektor swasta; KWSP bersiap siaga untuk negara menua; KWAP sebagai penggalak usahawan tempatan; LTAT memperkasa mutu hidup ahli tentera; dan Tabung Haji akan menjadi penggerak utama agenda pemerkasaan Kewangan Islam.
Kejayaan dalam sesebuah sepakatan memerlukan semua pihak senada dalam azam dan tujuan, demi kecemerlangan Malaysia dan kesejahteraan rakyat.