YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di Persidangan Perbankan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Malaysia.

Terima kasih beliau ucapkan kepada Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) dan Persatuan Bank Bank Dalam Malaysia (ABM) kerana sudi menjemput beliau ke persidangan tersebut buat julung kalinya. Syabas dan tahniah beliau ucapkan bagi pemilihan tema, ‘Banking on Change: Turning the ESG Momentum into Action’.

Persidangan tersebut adalah bagi peneraju utama industri perbankan dan kewangan untuk memberikan tumpuan yang lebih mendalam terhadap ESG dan keperluan untuk komitmen kolektif lebih kukuh untuk mempercepatkan pembangunan mampan ke arah ekonomi yang lebih baik dan hijau.
Bagi beliau, usaha sebegini adalah penting bagi menyokong pencapaian pembangunan mampan selaras dengan Agenda Pembangunan Lestari 2030 negara. Juga, sektor kewangan harus meningkatkan dan memainkan peranannya dalam agenda iklim dan kemampanan.