YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di Persidangan Wild Digital South East Asia.

Dalam usaha mentransformasi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi, pendigitalan sudah tentu antara sektor yang diberi keutamaan.

Antara inisiatif Kerajaan adalah melalui Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Dasar 4IR Negara untuk memacu penggunaan pendigitalan dan teknologi. Kerajaan juga telah melabur dalam projek digital seperti Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan 5G. Ini sudah pasti akan memanfaatkan #KeluargaMalaysia di mana rangkaian 5G dijangka akan menjana RM650 bilion bagi pertumbuhan KDNK dari 2022-2030 dan menjana 750,000 pekerjaan berpendapatan tinggi.

Beliau berharap inisiatif-inisiatif sebegini akan dapat melahirkan generasi yang inovatif dalam usaha memastikan Malaysia mampu bersaing dengan negara-negara lain.
