Merafak sembah setinggi-tinggi kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas perkenan mencemar duli ke Pertandingan Golf Persahabatan Istana Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Penganjuran kali ke-2 pastinya dapat merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua institusi tersebut. YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan turut telah berkesempatan hadir ke majlis penyampaian hadiah. Tahniah beliau ucapkan kepada semua pemenang dalam kejohanan tersebut. Semoga aktiviti sebegini akan diteruskan dan diperluas bagi memastikan ukhuwah antara dua institusi tersebut dapat terus diperkukuh.
