Pilih bahasa anda
Perpustakaan Perbendaharaan telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.
Pertandingan yang terbuka kepada anak-anak warga Perbendaharaan ini telah disertai oleh 50 peserta berusia antara 6 hingga 12 tahun. Aktiviti ini bukan sahaja memberi ruang kepada kanak-kanak menyerlahkan kreativiti, malah menjadi wadah untuk memupuk semangat patriotisme dan menyemai rasa cinta akan negara sejak usia muda.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mazlan Abd. Mutalib, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan. Turut hadir Puan Norhana Abdul Azis, Ketua Seksyen (Pentadbiran) dan Puan Hamizah Kassim, Ketua Seksyen Pembangunan dan Perolehan.
Semoga warna-warni yang dilakar turut mencerminkan harapan generasi muda untuk Malaysia yang terus aman, sejahtera dan bersatu.