YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah meluncurkan Program Anak Kita: Semarak Potensi Malaysia yang bertemakan “Anak Kita & Kita Malaysia” di Sekolah Kebangsaan Rasa, Hulu Selangor.
Program Anak Kita merupakan satu inisiatif reformasi pendidikan bagi mengatasi isu keciciran pembelajaran di kalangan pelajar sekolah di negara ini. Program ini diiltizamkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ketika Belanjawan 2024 yang turut memperuntukkan RM100 juta bagi menangani isu keciciran pelajar di sekolah.
Dalam majlis tersebut, YAB Dato’ Seri Anwar turut menyampaikan ucaptama melalui rakaman video mengenai usaha serta kesungguhan Kerajaan MADANI menangani isu keciciran pembelajaran.
"Saya harap kemudahan ini dimanfaatkan dengan sebaiknya. Ibu bapa harus punyai tanggungjawab. Guru-guru terpaksa dibebankan kerana guru-guru punyai tanggungjawab menyelamatkan anak bangsa yang tercicir dan anak-anak harus ambil kesempatan ini dengan sebaiknya. Tidak ada sebab mengapa tidak mungkin kita bangkit dan bernafas semula. Orang yang berjaya dalam dunia ini tidak semuanya berjaya terus-menerus. Ada yang terkalah, ada yang tewas, ada yang gagal tetapi yang akhirnya berjaya ialah ia sanggup bangkit semula dengan kesungguhan dan iltizam baru," jelas YAB Dato' Seri Anwar.
YB Fadhlina dan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah juga berkesempatan melawat Gallery Walk dan menyantuni pelajar-pelajar sekolah pelbagai aliran di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur antaranya SJK(C) Rasa, SJK(T) Kuala Kubu Bharu, SAMT Kuala Kubu Bharu dan kehadiran pelajar kaum orang Asli dari SK Tun Abdul