Program Daftar dan Lulus Sijil Kementerian Kewangan telah diadakan secara aktif di seluruh negara bermula tahun 2022. Kali ini program turun padang di Zon Utara - Pulau Pinang memberi peluang kepada semua syarikat yang ingin mendapatkan Sijil MOF boleh hadir dengan membawa dokumen yang lengkap.

Pihak yang layak memiliki Sijil MOF adalah mereka yang terdiri daripada syarikat berdaftar kategori enterprise, sendirian berhad, berhad mahupun badan koperasi.

YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan melawat kaunter Rundingan dan Kelulusan serta beramah mesra dengan pengunjung. Turut hadir dalam program tersebut ialah Encik Ab Rahim Ab Rahman, Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan.

