Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Hari Terbuka Budi MADANI Agri-Komoditi

Program Hari Terbuka Budi MADANI Agri-Komoditi

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah menghadiri Program Hari Terbuka Budi MADANI Agri-Komoditi bersama-sama YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Pejabat MARDI, Klang.

Beliau bersama-sama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan sempat menyantuni dan bersoal jawab dengan kumpulan golongan sasar menerangkan usaha kerajaan dalam pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang dapat memberikan struktur fiskal negara yang lebih mampan, memberikan perlindungan sosial yang lebih baik dan mengekang ketirisan yang berleluasa.

Kerajaan berhasrat penyasaran subsidi ini benar-benar sampai kepada golongan sasaran, bukannya tiris akibat penyeludupan ke negara jiran ataupun penyelewengan sektor komersil yang tidak layak menggunakan diesel bersubsidi.  Melalui penyasaran subsidi, kegiatan penyeludupan dan penyelewengan tidak lagi menjadi suatu aktiviti yang lumayan dan secara logiknya dapat dikurangkan secara drastik. Melalui penyasaran subsidi, Kerajaan menjangkakan penjimatan sebanyak RM4 bilion dapat dilakukan. 

Sebelum itu, beliau telah melawat ke DE LETTUCE BEAR MARKETING SDN BHD, sebuah syarikat pertanian dalam bangunan yang berinovatif dalam biofortifikasi yang pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan teknologi kaya selenium dalam penanaman salad. 

Turut hadir dalam program tersebut ialah YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan YBhg. Dato Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility