YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah meraikan anak-anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Baitul Hidayah dalam program Iftar Perdana Perbendaharaan anjuran Kelab Perbendaharaan Putrajaya di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan (MOF).
Beliau juga telah menyampaikan duit raya kepada seramai 40 orang anak-anak yatim dan asnaf dan sumbangan kepada pusat jagaan. Selain itu, PLUS Berhad turut menyampaikan zakat kepada 96 asnaf warga MOF. Tahun ini, PLUS telah memilih MOF sebagai salah satu agensi sebagai penerima sumbangan zakat dan berkongsi rezeki kepada staf yang layak.
Turut hadir dalam program ini ialah YB Puan Lim Pui Ying, Timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan dif-dif jemputan lain.