Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Ihya Ramadan Di MOF

Program Ihya Ramadan Di MOF

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama warga Kementerian Kewangan dan YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Haji Mokhtar, Menteri Agama dalam Program Ihya Ramadan di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.

Sesi tazkirah Zohor turut diadakan dan disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Haji Abdullah.

Dalam ucapan pembukaan, beliau titipkan kembali mesej agar seluruh agensi kerajaan mengambil peluang dalam bulan Ramadan yang merupakan Madrasah Tarbiyah Ruhiyyah yang menggilap kekuatan dalaman kerohanian kita.

Beliau turut anjurkan untuk kita menelaah tulisan yang pernah beliau jadikan sebagai risalah dakwah ketika menjadi aktivis pelajar dahulu iaitu artikel oleh Dr. Muhammad Hamidullah, seorang sarjana asal India yang berkhidmat di Centre Culturel Islamique, Paris bertajuk “Why Fast?."

Tulisan tersebut menyatakan ibadah puasa yang juga menjadi amalan agama-agama terdahulu. Namun dalam konteks penghayatan Ramadan ini adalah satu “spiritual journey” yang penuh makna mendalam yang mengangkat martabat insan.

 Islam tertegak dengan asas ilmu yang kreatif dan kritis. Mendengar hujah, meneliti sumbernya dan menilai kandungannya. Selain tazkirah dengan tajuk yang membina, risalah yang terpilih boleh diedarkan untuk dihadamkan agar program mengimarahkan Ramadan ini serius dan benar-benar memberi kesan kepada kita semua.

Beliau berharap dengan perkongsian mesej Ramadan dalam majlis seperti ini kelak akan dizahirkan melalui penghayatan yang menanam disiplin kendiri, tatakelola yang baik, amanah dan sekali gus diterjemahkan kepada perubahan yang signifikan dalam mengangkat imej umat Islam serta negara yang tercinta ini.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility