Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Jejak Merdeka 2026 Kementerian Kewangan

Program Jejak Merdeka 2026 Kementerian Kewangan

Semangat kemerdekaan terus disemarakkan menerusi Program Jejak Merdeka 2026 anjuran Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan (BDSP), Kementerian Kewangan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.

Program telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) dan melibatkan seramai 80 peserta dalam 20 pasukan yang mewakili pelbagai bahagian di Perbendaharaan.

Menerusi aktiviti pencarian harta karun yang penuh cabaran, para peserta menguji ketahanan fizikal, ketajaman minda serta semangat kerjasama berpasukan dalam suasana muhibah dan patriotisme.

Selaras dengan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, program ini bukan sekadar menguji keupayaan fizikal dan mental, malah menjadi wadah untuk memperkukuh semangat setiakawan, memupuk perpaduan serta menyemarakkan rasa cinta kepada negara.

Tahniah kepada semua pasukan yang mengambil bahagian! Semoga semangat kebersamaan yang ditunjukkan terus menjadi cerminan warga Kementerian Kewangan yang bersatu hati dalam menyumbang kepada negara.

Merdeka bukan sekadar diraikan, tetapi dihayati melalui semangat kebersamaan, perpaduan dan kecintaan kepada tanah

Arkib Foto