Bajet 2022 dengan peruntukan sebanyak RM332.1 bilion merupakan bajet terbesar dalam sejarah negara. Pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan rakyat, oleh itu adalah amat penting untuk kita memastikan supaya rakyat sedar dan memanfaatkan sepenuhnya semua inisiatif tersebut.
Program Jelajah Bajet 2022 merupakan salah satu cara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menjelaskan tentang pelbagai inisiatif Bajet 2022 dalam usaha Kerajaan mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat. Program Jelajah ke Kelantan ini merupakan siri pertama Jelajah Bajet 2022 ke seluruh Malaysia.

Walaupun terdapat pelbagai inisiatif untuk rakyat di dalam Bajet 2022, sekiranya ia tidak dimanfaatkan, tiada gunanya.

Dalam siri Jelajah tersebut, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan #TeamMOF turut berkesempatan mengadakan sesi taklimat bersama penjawat awam Kelantan bagi memastikan mereka memahami dan dapat menyebarkan manfaat Bajet 2022 untuk kesejahteraan semua Keluarga Malaysia.

Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelbagai manfaat bajet, orang ramai boleh melayari di laman sesawang https://budget.mof.gov.my/manfaat/
Beliau berharap agar tahun 2022 akan menjadi detik kebangkitan negara dari kemelut pandemik COVID-19.