Program Jelajah #Bajet2023 di negeri Sabah telah berakhir dengan jayanya pada 29 Ogos 2022. YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Rafidah Datu Derin, Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah yang telah bersama-sama beliau sepanjang Program Jelajah #Bajet2023 dan Warga Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) yang telah memberikan kerjasama sepanjang dalam kelolaan pengendalian program tersebut serta memberikan komitmen penuh untuk memastikan penganjuran program berjalan dengan lancar.

Jelajah #Bajet2023 adalah sangat penting untuk mendapatkan input dan maklum balas daripada pihak berkepentingan yang perlu diambil serius sebagai cerminan bahawa suara denyut nadi rakyat sentiasa didengar dan dipertimbangkan dalam penyediaan #Bajet2023.

Kerajaan juga sangat komited dan prihatin untuk mengalu-alukan pandangan dan respon daripada semua pihak untuk memastikan #Bajet2023 kali ini lebih inklusif.
Orang ramai dialu-alukan untuk menekan ‘link’ seperti yang tertera dan mestilah dihantar sebelum atau pada 9 September 2022.