Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Jelajah Belanjawan 2027 Negeri Kelantan

Program Jelajah Belanjawan 2027 Negeri Kelantan

Program Jelajah Belanjawan 2027 Negeri Kelantan dimulakan dengan kunjungan hormat YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), bersama delegasi Kementerian Kewangan ke atas YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan.

Kunjungan ini menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam meneliti keutamaan serta keperluan pembangunan Kelantan menjelang penyediaan Belanjawan 2027.

Program diteruskan dengan sesi libat urus bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan dan East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) bagi membincangkan cadangan inisiatif Belanjawan 2027 serta projek berimpak tinggi yang berpotensi memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri.

Antara fokus perbincangan termasuk pembangunan sektor agromakanan, pelancongan dan pelaburan, di samping keperluan infrastruktur yang dapat menyokong pertumbuhan ekonomi, meningkatkan daya saing negeri serta kesejahteraan rakyat Kelantan.

Arkib Foto