Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Jerayawara Putrajaya Sihat Sejahtera MOF Tahun 2024

Program Jerayawara Putrajaya Sihat Sejahtera MOF Tahun 2024

Program Jerayawara Putrajaya Sihat Sejahtera anjuran Kementerian Kewangan (MOF) Tahun 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Utama MOF.

Program yang disertai hampir 350 orang kakitangan MOF ini telah dianjurkan oleh Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, MOF dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta PUSPANITA Perbendaharaan Malaysia.

Antara pengisian program termasuk saringan kesihatan percuma, pemeriksaan dan rawatan pergigian melalui klinik gigi bergerak, booth jualan makanan, minuman, pakaian, produk kesihatan, jualan Rahmah, medicphysio, pameran psikologi, serta sesi ceramah pendek mengenai pelaksanaan X-Break. 

YBrs. Tuan Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), MOF turut hadir dalam sesi walkabout untuk meninjau pelaksanaan program sambil mencuba sendiri perkhidmatan kesihatan yang disediakan.

Program ini juga menyediakan Jualan Rahmah dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang menawarkan menawarkan pelbagai barangan keperluan terpilih dengan diskaun sehingga 30%. Program tersebut turut dimeriahkan dengan aktiviti Jom Zumba yang menarik penyertaan seramai 280 warga MOF.

Arkib Foto

Logo Accessibility