Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Jom Baca Bersama 10 Minit & Resensi Buku

Program Jom Baca Bersama 10 Minit & Resensi Buku

Seramai 130 orang warga Perbendaharaan telah menyertai Program Jom Baca Bersama 10 Minit dan Resensi Buku “Kitab Pendaki Gunung” yang berlangsung di Perpustakaan Perbendaharaan, Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya. 

Penceramah yang dijemput bagi sesi resensi buku adalah YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Dr. Mohd Radzi Haji Abdul Hamid. Turut hadir YBrs. Encik Mazlan Abd Mutalib, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan.

Program “Jom Baca Bersama 10 Minit” dianjurkan pada setiap tahun oleh sektor perpustakaan seluruh negara sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia yang bertemakan “Membaca Membina Bangsa”. 

Program ini juga merupakan salah satu inisiatif penting untuk menyemai dan memperkukuh budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility