Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Kampung Angkat MADANI MOF Di Pulau Tuba, Langkawi, Kedah

Program Kampung Angkat MADANI MOF Di Pulau Tuba, Langkawi, Kedah

Kementerian Kewangan (MOF) secara rasminya menyerahkan empat projek yang telah selesai bagi inisiatif Kampung Angkat MADANI MOF di Pulau Tuba, Langkawi, Kedah. Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II.

Secara keseluruhan, MOF melalui Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melaksanakan dua belas projek yang memanfaatkan kesemua 11 buah kampung di Pulau Tuba melibatkan 5,000 penduduk.

Projek yang telah selesai dilaksanakan adalah projek naik taraf Masjid Al-Hijrah, pembinaan telaga tiub di Masjid Al-Wafa, program bantuan peralatan pembersihan seperti mesin rumput/gergaji rantai/water jet/blower kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) serta program, bantuan mesin dan peralatan membuat keropok lekor kepada usahawan mikro - LekoShow.

MOF juga menyediakan peruntukan dan penyelarasan kepada pemasangan 100 tiang lampu solar di sekitar kawasan Pulau Tuba bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya di waktu malam. Lampu solar tersebut merupakan ciptaan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang telah digunakan di hampir kesemua negeri di Malaysia melalui program Kampung Angkat MADANI.

Tiga telaga tiub yang dibina adalah bagi menangani isu bekalan air tidak mencukupi di musim kemarau serta memastikan bekalan air terjamin untuk kegunaan 5,000 penduduk di pulau ini.

Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan untuk Kampung Angkat MADANI MOF Pulau Tuba di mana hampir 95% peruntukan digunakan untuk kerja-kerja menaik taraf kemudahan sedia ada seperti jalan raya, masjid, dewan orang ramai, kemudahan aktiviti riadah penduduk setempat, membina kios perniagaan dan tandas bagi tujuan pelancongan.

Turut mengiringi YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah ialah YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan Puan Rozida Zainol Abidin, Timbalan Setiausaha Bahagian (Operasi), Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan.

Arkib Foto

Logo Accessibility