Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit (PPK) telah menganjurkan Program Kesedaran Awam Pengurusan Kewangan Dan Kredit bersama warga Perbendaharaan.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran penjawat awam mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang baik bagi mengelakkan berlakunya masalah keberhutangan serius yang boleh membawa kepada kebankrapan.
Selain itu, program ini juga menjadi platform kepada PPK untuk menyampaikan maklumat mengenai kepentingan pelaporan kredit serta hak dan tanggungjawab yang diperuntukkan di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 [Akta 710].