Reruai Kementerian Kewangan (MoF) menerima sambutan meriah di Program MADANI Rakyat (PMR) 2025, Negeri Sembilan.
Program bertemakan “Digital Merentasi Generasi, Memperkasa Komuniti” ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bertempat di Dataran Nilai.
Antara perkhidmatan yang dibawakan di reruai MoF ialah Bahagian Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.