Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program MADANI Rakyat 2025 Melaka

Program MADANI Rakyat 2025 Melaka

Sekitar hari terakhir Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 di Melaka yang berlangsung dengan penuh semangat dan sambutan hangat di reruai Kementerian Kewangan (MoF).

Reruai MoF menjadi tumpuan ramai apabila pengunjung hadir untuk membuat semakan wang tak dituntut (Jabatan Akauntan Negara Malaysia), mendapatkan maklumat peluang pengajian harta tanah dan semakan data hartanah (Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta) serta menikmati perkhidmatan bergerak daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

PMR bertemakan “Aspirasi MADANI, Menjamin Pertahanan dan Kedaulatan Negara” telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, di Politeknik Merlimau.

Turut melawat reruai MoF ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Arkib Foto

Logo Accessibility