Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program MADANI Rakyat – Zon Timur di Pahang

Program MADANI Rakyat – Zon Timur di Pahang

Program MADANI Rakyat – Zon Timur melabuhkan tirai setelah berlangsung selama tiga hari dari 5 Julai sehingga 7 Julai 2024 di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang dihadiri ribuan pengunjung terutama dari sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Sepanjang program diadakan, reruai Kementerian Kewangan telah dikunjungi orang ramai bagi mendapatkan perkhidmatan semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) dan semakan laporan kredit CTOS serta CCRIS.

Selain itu, pengunjung juga turut menyertai cabutan bertuah dengan hadiah yang menarik di reruai MOF.

Program MADANI Rakyat - Zon Timur adalah siri ketiga selepas penganjurannya di negeri Selangor bagi Zon Tengah dan Pulau Pinang bagi Zon Utara. Program ini merupakan platform bagi masyarakat setempat mendapatkan informasi dan perkhidmatan terus dari kaunter, bertepatan dengan dasar Kerajaan MADANI dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Siri Program MADANI Rakyat akan diteruskan lagi dengan negeri Johor bagi Zon Selatan dan seterusnya di Sarawak dan Sabah.

Arkib Foto

Logo Accessibility