Program Pembudayaan EKSA dan Pemantapan Imej Korporat Perbendaharaan Malaysia 2023 telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) selaku Penaung Pelaksanaan EKSA Perbendaharaan Malaysia.
Pengisian program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk Pelaksanaan EKSA Perbendaharaan Malaysia dengan kerjasama Biro Seranta Kelab Perbendaharaan Putrajaya ini ialah perkongsian ilmu berkenaan Pemantapan Imej Korporat Organisasi oleh Tuan Md Azhan Shafriman Md Hanif, Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit dan sesi Exit Conference Penemuan Sesi Pengauditan EKSA yang telah dilaksanakan pada 7 hingga 9 Jun 2023.
Kemuncak program telah menyaksikan Bahagian Undang-undang dinobatkan sebagai Juara Kategori Zon EKSA Terbaik, Anugerah EKSA 2023.