Select your language
YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah memantau dan meninjau Program Penunaian Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Khas Sarawakku Sayang dan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (Penjaja).
Program berlangsung selama 2 hari, bermula dari 9 Julai sehingga 10 Julai 2020 melibatkan seramai 1,697 penerima pendalaman tanpa akaun dari Parlimen Betong merangkumi DUN Layar, Saribas dan Bukit Saban.
Program ini diurus dan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sarawak manakala penunaian diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional Sarawak. Turut memberikan perkhidmatan di dalam program ini adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Sarawak dimana penerima boleh membuat semakan status permohonan dan rundingan terus pada masa yang sama.
Pihak Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam, RELA dan Klinik Kesihatan Daerah Betong membantu dari segi pematuhan SOP Penjarakan Sosial dan semakan suhu setiap individu yang hadir.





