Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Penunaian STR 2024 Di Lipis, Pahang

Program Penunaian STR 2024 Di Lipis, Pahang

Pasukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, Kementerian Kewangan (MOF) telah turun padang ke Program Penunaian STR 2024 melibatkan masyarakat Orang Asli di Dewan Orang Ramai RPS Betau, Lipis, Pahang.

Seramai 399 orang penerima STR Orang Asli telah hadir untuk membuat penunaian STR yang diselaraskan oleh MOF dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Program di Lipis, Pahang ini adalah lokasi kedua selepas Tapah, Perak yang turut dihadiri YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan ll pada Mac lalu bagi memantau pelaksanaan penunaian STR.

Peluasan penunaian STR ini ialah usaha Kerajaan menyampaikan bantuan kepada masyarakat yang amat memerlukan dan mengelakkan keciciran penerima di kawasan pedalaman seperti masyarakat Orang Asli. .

Arkib Foto

Logo Accessibility