Hari kedua Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kepada masyarakat Orang Asli diteruskan lagi di Dewan Kuala Rompin, Rompin, Pahang.
Seramai hampir 251 orang penerima STR daripada masyarakat Orang Asli telah hadir untuk membuat penunaian STR.
Turut hadir ialah YB Dato' Sri Johari Haji Hussain, ADUN Tioman bagi meninjau perjalanan program dan menyantuni penerima-penerima STR.
Program anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang berkolaborasi dengan Kementerian Kewangan (MOF), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) akan diteruskan di Hulu Perak, Perak pada 24 dan 25 Julai ini.