Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Penunaian STR Tahun 2026 Di Pahang

Program Penunaian STR Tahun 2026 Di Pahang

Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tahun 2026 bagi kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia telah dilaksanakan melibatkan masyarakat Orang Asli di Balai Raya Agropolitan Runchang, Pahang. Program ini merupakan kesinambungan kepada siri penunaian STR yang sebelum ini telah diadakan di Sungai Siput, Perak.

Seramai 226 penerima telah menerima bantuan STR dengan jumlah keseluruhan RM155,900. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memastikan bantuan disampaikan secara terus, cekap dan menyeluruh kepada golongan yang layak, termasuk komuniti yang menetap di kawasan pedalaman.

Turut memeriahkan program ini ialah Rakan Niaga SARA di bawah Jualan Rahmah, yang memberi peluang kepada penerima yang layak membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad masing-masing. Program ini turut disokong oleh perkhidmatan bergerak Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi memudahkan urusan penerima.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen Kerajaan dalam memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima manfaat bantuan, sekali gus memperkukuh kesejahteraan rakyat tanpa mengira lokasi dan latar belakang.

Diharapkan sumbangan yang disalurkan ini dapat membantu meringankan beban kos sara hidup serta memenuhi keperluan harian para penerima, selaras dengan hasrat Kerajaan untuk terus memelihara kebajikan rakyat dan memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada inisiatif yang disediakan.

Arkib Foto