Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku Tahun 2025

Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku Tahun 2025

Rangkuman hari terakhir bagi Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 di Dataran Putrajaya, Putrajaya.

Sepanjang 3 hari program diadakan, reruai Kementerian Kewangan (MoF) mendapat sambutan sangat baik dan dikunjungi orang ramai terutamanya dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya bagi mendapatkan perkhidmatan semakan Sumbangan STR/SARA, BudiMADANI95, Wang Tidak Dituntut dan semakan laporan kredit CTOS dan CCRIS.

Majlis Perasmian Penutup Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Turut hadir sama, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan YAB Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri I dan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian serta pegawai kanan kerajaan.

Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku merupakan inisiatif kerajaan untuk meraikan rakyat dengan berkongsi hasil kerja keras Kerajaan MADANI selama 3 tahun menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi serta memberi ruang kepada rakyat untuk lebih memahami usaha dan inisiatif kerajaan.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility