Pilih bahasa anda
Sekitar Program Turun Padang Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dihadiri oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II di DPRO Trading Sdn. Bhd., Tawau, Sabah.
Program ini merupakan kesinambungan tinjauan pelaksanaan SARA di Pulau Bum Bum, Semporna, semalam. Pendekatan turun padang ini penting bagi melihat sendiri pelaksanaan bantuan Kerajaan di lapangan, memastikan manfaat sampai kepada penerima yang layak serta memahami secara langsung keperluan dan realiti semasa rakyat.
Di Sabah, sebanyak 1,495 Rakan Niaga SARA tersedia bagi memudahkan penerima mendapatkan barangan keperluan asas menggunakan manfaat SARA, termasuk 33 Rakan Niaga di Semporna dan 115 di Tawau.
Kerajaan akan terus memperkukuh pelaksanaan SARA agar bantuan dapat disampaikan dengan mudah, berkesan dan menyeluruh, khususnya kepada golongan yang memerlukan.
Usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk terus turun ke lapangan, mendengar denyut nadi rakyat dan memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat dalam kehidupan seharian rakyat.