Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Turun Padang STR & SARA Di PPR/PA Sekitar KL

Program Turun Padang STR & SARA Di PPR/PA Sekitar KL

Program Turun Padang Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah diadakan di 7 Projek Perumahan Rakyat (PPR)/Perumahan Awam (PA) sekitar Kuala Lumpur.

Program yang mendapat sokongan penuh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini bertujuan memastikan keterangkuman penerima STR dan SARA daripada semua kalangan yang layak termasuk penghuni PPR/PA.

PPR/PA yang terlibat adalah Desa Tun Razak, Seri Sarawak, Jalan Hang Tuah, Seri Selangor, Seri Cempaka, Taman Mulia dan Seri Kota.

Sambutan baik yang diterima menunjukkan keberkesanan pendekatan ini di mana jelas terpancar senyuman di kalangan penghuni yang hadir.

Melalui Belanjawan 2026, sebanyak RM15 bilion telah diperuntukkan untuk STR dan SARA dalam membantu perbelanjaan sara hidup golongan sasar yang ditetapkan.

Arkib Foto

Logo Accessibility