Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

PSKK 2026: Kreativiti Kontinjen Menyerlah, Semangat Kesukanan Terus Membara!

PSKK 2026: Kreativiti Kontinjen Menyerlah, Semangat Kesukanan Terus Membara!

Malam Perasmian Pesta Sukan Kementerian Kewangan (PSKK) Kali Ke-47 Tahun 2026 bukan sahaja menyaksikan kemeriahan perbarisan kontinjen, malah turut menyerlahkan kreativiti, keunikan dan semangat berpasukan menerusi Pertandingan Ratu Placard dan Persembahan Terbaik.

Setiap kontinjen yang mengambil bahagian turut diperkenalkan kepada YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II; YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; serta YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Sesi pengenalan kontinjen ini menjadi antara detik istimewa malam perasmian, mencerminkan semangat kebersamaan, kesepakatan dan hubungan erat antara barisan kepimpinan dengan warga kementerian, jabatan serta agensi di bawah MoF.

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG!

Pertandingan Ratu Placard
Johan – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Naib Johan – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
Tempat Ketiga – Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

Pertandingan Persembahan Terbaik
Johan – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Naib Johan – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
Tempat Ketiga – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Syabas kepada KWSP yang berjaya merangkul kejuaraan bagi kedua-dua kategori serta tahniah kepada semua kontinjen atas persembahan yang penuh kreativiti, tenaga dan semangat kesukanan.

Lebih daripada sekadar persaingan, PSKK 2026 menjadi pentas untuk meraikan bakat, memperkukuh silaturahim dan menyatukan warga MoF melalui semangat kesukanan yang tinggi.

Berbeza kontinjen, satu semangat. Bersama memacu prestasi, membina legasi!

Arkib Foto