Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan di Melaka

Sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan di Melaka

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berada di Melaka sempena Sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir.

Sambutan tersebut sangat meriah dan menarik. Terdapat pelbagai acara telah diadakan antaranya memperingati kembali sejarah kemerdekaan negara dan pembentukan persekutuan Malaysia.

Selain itu, para hadirin juga disajikan dengan persembahan kebudayaan serta persembahan oleh para artis tempatan.

Apa yang menarik juga, tema pakaian pada malam tersebut adalah busana era 50-an dan 60-an. Beliau juga tidak ketinggalan untuk mengenakan busana seperti kepahlawanan Melayu.

Semoga sambutan Hari Malaysia yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama ini dapat dihayati segenap ahli Keluarga Malaysia seterusnya dapat menikmati hidup aman damai serta bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan serta penuh kesyukuran.


Arkib Foto

Logo Accessibility