Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sambutan Tahun Baharu Cina

Sambutan Tahun Baharu Cina

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Malaysian Chinese Association (MCA) bersama YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri di Dewan San Choon. Turut hadir adalah jemaah kabinet dan wakil-wakil daripada pelbagai parti serta wakil-wakil kedutaan yang mencerminkan keharmonian #KeluargaMalaysia merentasi kaum, bangsa, tradisi dan agama.

Dalam pada itu, sambutan tersebut juga dihiasi dengan pelbagai persembahan daripada anak-anak muda dan antaranya adalah Lion Dance.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada MCA atas jemputan dan beliau berharap agar Tahun Harimau kali ini akan menjadikan #KeluargaMalaysia lebih bersemangat dan berkeyakinan dalam menempuhi cabaran bersama.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility