YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan ke Selangor Aviation Show (SAS) 2023 di Skypark Subang. Turut hadir adalah DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor serta YAB Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.

Industri aeroangkasa tempatan pastinya telah berkembang pesat jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Hari ini kita dapat lihat pelbagai syarikat aeroangkasa gergasi dunia membuka tapak di Malaysia, secara langsung memberi peluang pekerjaan kepada #KeluargaMalaysia. Ini termasuk syarikat seperti Boeing, General Electric dan Honeywell. Syarikat tempatan juga tidak kurang hebatnya seperti Aerodyne, Airod, Weststar dan Galaxy Aerospace. Syarikat-syarikat tempatan sebegini membuka peluang pekerjaan kepada #KeluargaMalaysia dalam sektor Maintenance, Repair and Overhaul (MRO) bagi kapal terbang, helikopter dan dron. ⠀

Kerajaan telah mengenal pasti industri aeroangkasa dan penerbangan sebagai antara pemacu utama untuk mendorong pertumbuhan ekonomi Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Inisiatif yang dilaksanakan seperti penganjuran SAS akan berperanan sebagai jambatan untuk menghubungkan ASEAN dan peserta industri global serta menarik minat mereka untuk menjalankan perniagaan di Malaysia khususnya dalam bidang penerbangan perniagaan, penerbangan am, helikopter, dron dan penerbangan sukan.

Kerajaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan pihak swasta akan terus menambah baik inisiatif bagi memastikan industri tersebut terus diperkasa.