YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) telah merasmikan Seminar Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Tahun 2022 bertempat di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia.
Pada majlis tersebut, beliau turut melancarkan Buku Pelan Strategik AKRAB Tahun 2023-2027 dan menyampaikan sijil pentauliahan kepada seramai 53 orang pegawai AKRAB MOF yang terdiri daripada pegawai-pegawai Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
Beliau turut melawat reruai AKRAB Perbendaharaan dan LADA, JKDM, JANM, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Seminar yang berlangsung pada 18 hingga 19 Oktober 2022 ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Nasaruddin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA, YBrs. Tuan Hj. Zairi Hj. Mat Ali, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan, YBrs. Sr. Puan Rosni Nawati Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi), YBrs. Tuan Sazali Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan), YBrs. Puan Hanita Bunjari, Pengarah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan YBrs. Dr. D. Joyce Christina Dharmaraj, Pengerusi AKRAB MOF.