Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Beramah Mesra bersama Usahawan

Sesi Beramah Mesra bersama Usahawan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan Puan Mila Jirin, yang dahulunya merupakan artis Akademi Fantasia pada program Bicara Khas sempena penerbitan Laporan Kewangan Rakyat Ke-100.

Puan Mila kini merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di mana beliau menguruskan perniagaan Bizmilla by Mila Jirin dan mempunyai dewan perkahwinan untuk sewaan orang ramai.

Sepanjang pertemuan tersebut, Puan Mila turut berkesempatan bercerita dan berkongsi berkenaan perniagaannya. Ketika pandemik COVID-19, perniagaan katering dan majlis kahwin sememangnya merudum dan tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, untuk bertahan, Puan Mila turut telah memohon Program Subsidi Upah yang Kerajaan lancarkan untuk membantu perniagaan orang ramai daripada gulung tikar serta untuk mengelakkan para pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan.

Melalui program ini, Kerajaan secara keseluruhannya telah menyalurkan lebih RM20 bilion kepada lebih 350,000 majikan bagi mengekalkan penggajian hampir 3 juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang para usahawan lain, orang ramai boleh menonton program Bicara Khas, TV1 melalui pautan ini: https://www.youtube.com/watch?v=xKJDJl2zztc

Arkib Foto

Logo Accessibility