Foto

Sesi Beramah Mesra Di Kampung Cina, Kota Bharu, Kelantan

Sesi Beramah Mesra Di Kampung Cina, Kota Bharu, Kelantan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang dan melawat Kampung Cina, Kota Bharu untuk sesi beramah mesra dengan para penduduk kampung serta turut menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Bersesuaian dengan perayaan Tahun Baharu Cina kian menjelang, beliau berharap agar sumbangan sebegini dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Kampung Cina tersebut merupakan penempatan orang Cina terawal di Kota Bharu. Penghuni asal adalah rakyat negara Cina yang berhijrah ketika zaman pemerintahan Long Yunus antara tahun 1782 hingga 1795.

Sejarah kaum Cina di Malaysia sememangnya penuh warna-warni dan keunikan. Kepelbagaian bangsa dan budaya inilah yang menjadi kekuatan kepada Keluarga Malaysia.

Beliau turut berharap dan mendoakan semoga keharmonian sebegini terus berkekalan.

Arkib Foto

Logo Accessibility