Debaran Bajet 2023 makin terasa. YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama #TeamMOF yang masih bersengkang mata di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Putrajaya bagi merangka bajet untuk #KeluargaMalaysia dalam memastikan penyediaan bajet yang Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis.
Beliau berharap agar seluruh #TeamMOF kekal kuat serta bertahan dan semoga penyediaan bajet berjalan lancar.