Sekitar Sesi Clock-In YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan yang berlangsung di Lobi Kementerian Kewangan (MoF).
Ketibaan YB Liew Chin Tong telah disambut mesra oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; YBhg. Datuk Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan); YBhg. Datuk Dr. Shahrazat Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) serta barisan pengurusan tertinggi dan warga MoF.
Setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang diucapkan kepada YB Liew Chin Tong ke MoF.
Turut berlangsung Sesi Menyantuni dan Clock-Out YB Lim Hui Ying yang telah bertukar ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Setulus penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan atas komitmen, sumbangan serta jasa bakti YB Lim Hui Ying sepanjang berkhidmat di MoF.