YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir menyantuni komuniti perniagaan Cina melalui Sesi Dialog yang dianjurkan oleh Federation of Hokkien Association of Malaysia (FHAM).
Antara yang hadir adalah YBhg. Tan Sri Lim Hock San, Presiden FHAM dan ahli-ahli persatuan, dewan-dewan perniagaan Cina dan usahawan muda Cina. Semasa sesi ini, beliau telah berkesempatan menerangkan mengenai situasi ekonomi dan kewangan semasa negara serta langkah Kerajaan dalam meneruskan momentum pemulihan ekonomi dalam fasa peralihan ke endemik.
Beliau juga telah menjawab persoalan-persoalan yang diajukan oleh mereka bagi memastikan maklumat yang mereka terima adalah sahih dan bukan menerusi saluran yang meragukan.
Beliau berharap segala jawapan yang diberi dapat memberikan manfaat kepada komuniti perniagaan yang telah banyak membantu Kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berada di landasan pemulihan yang tepat.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada FHAM di atas jemputan dan semoga sesi dialog sebegini dapat memanfaatkan mereka yang hadir.