Melalui jalan darat dari Bintulu ke Sibu yang memakan masa hampir 3 jam, YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan tiba di Kingwood Hotel untuk menghadiri Sesi Dialog bersama Perniagaan dan Industri Cina Sibu untuk #Bajet2023.
Turut hadir adalah Cr. Teo Boon Siew Naib Presiden PDP, Ketua Bahagian Dudong.
Beliau turut berkesempatan berkongsi dalam sesi tersebut mengenai prestasi semasa ekonomi Malaysia dan inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan.
Antara dapatan dalam sesi dialog tersebut adalah mengenai cukai, pertanian, tenaga kerja, harga barang keperluan dan subsidi bagi barang kawalan, pendidikan serta infrastruktur.
Terima kasih beliau ucapkan kepada semua yang telah memberi cadangan dan pandangan dalam sesi tersebut.
Beliau dan #TeamMOF akan mempertimbangkan segala isu dan permasalahan dalam penyediaan #Bajet2023.