Pilih bahasa anda
Sesi Dialog Bersama Pemain Industri sempena Jelajah Belanjawan 2027 Negeri Sembilan menghimpunkan Kementerian Kewangan dan wakil industri di premis Ajinomoto Malaysia, Bandar Enstek bagi mendapatkan pandangan serta cadangan untuk penyediaan Belanjawan 2027.
Sesi yang disertai YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan ini turut merangkumi pembentangan oleh TH Properties dan perbincangan mengenai pemudahan pelaburan, pembangunan infrastruktur industri bernilai tinggi, kos operasi, tenaga kerja berkemahiran serta usaha memperkukuh daya saing industri tempatan dalam rantaian bekalan global.
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Pengarah UPEN Negeri Sembilan, pihak pengurusan TH Properties serta delegasi Kementerian Kewangan.
Input daripada sesi ini akan membantu Kerajaan memperhalusi keutamaan Belanjawan 2027 supaya pertumbuhan industri dapat membuka lebih banyak peluang kepada perusahaan dan tenaga kerja tempatan.