YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengadakan sesi dialog dengan para pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi berhubung langkah-langkah untuk memperkukuh pemacuan pertumbuhan ekonomi dan merangsang pelaburan domestik.

Beliau menekankan petunjuk awal indikator ekonomi memperlihatkan bahawa dasar fiskal Kerajaan dan langkah Belanjawan 2023 telah membuahkan hasil meskipun menghadapi pelbagai cabaran.

Kerajaan komited untuk meningkatkan lagi untuk mempermudah aktiviti perniagaan dan menyokong pelaburan langsung domestik.