Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 diteruskan dengan sesi dialog “Memperkasa Bakat Wanita” yang dipengerusikan bersama oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan dan YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia.
Lebih 200 peserta menghadiri sesi ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, antaranya pihak industri, NGO, akademia, majikan dan pekerja serta orang awam.
Kerajaan secara konsisten mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan wanita dalam pembangunan sosioekonomi negara. Sehubungan itu, sesi dialog ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan lebih banyak input dan pandangan ke arah meningkatkan lagi penyertaan wanita dalam pasaran buruh kepada 60% dalam jangka sederhana, seperti yang disasarkan di bawah kerangka Ekonomi MADANI.
Sesi dialog anjuran bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan berkolaborasi dengan Talent Corporation Malaysia Berhad ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) KESUMA, Pasukan Belanjawan 2025 serta wakil-wakil dari bahagian kementerian terlibat.
#MalaysiaMADANI
#Belanjawan2025